Penyakit Cinta

Syamsiar dan Hasan berkahwin dengan harapan berbeza—Syamsiar mencari cinta, Hasan mengutamakan perjuangan agama. Perbezaan ini mencetus konflik rumah tangga, sambil HAMKA menegur tanggungjawab golongan berpendidikan.

Terusir

Terusir mengisahkan Mariah yang hidupnya musnah akibat fitnah, diusir suami dan dipisahkan daripada anaknya. Malang tidak berhenti di situ—perkahwinan keduanya pula dipenuhi penganiayaan, dia terhimpit kemelaratan hingga terpaksa menempuh jalan hidup yang paling perit.

More like this

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.