fbpx

Bintang Tanpa Nama.

Ainulfarihah.

Bintang tanpa nama,
barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang.
Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.

Sketsa dari Petikan buku BTN.

"Bintang tu kita biar tak bernama. You know who you are, dah cukup."

Bestseller 2023
Terbaru 2024

Dilontar ke Langit Menjadi Bintang

Nisah Haron.

Bukankah pada air sungai yang mengalir,
kelikir beralah menjadi pasir?

Deklamasi Puisi petikan buku.

SEWAKTU dilontar ke langit,
jadilah bintang.

Kalau ditabur ke bumi,
jadilah intan.

Pilihlah tempat untuk kau bersinar
dan memberikan cahaya!

Anugerah Sastera
Buku Baru

Hiraeth

Rozanna.

Sedih telah berganti duka.
Tidak pernah surut, terus berlarut.

Sketsa dari Petikan buku HIRAETH.

"Betul awak nak tahu siapa mereka itu?"

Bestseller 2023
Terbaru 2024
*Poskad akan diberi untuk pembelian kombo sahaja

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.

Dilontar ke Langit Menjadi Bintang.

"Bukankah pada air sungai yang mengalir,
kelikir beralah menjadi pasir?"

Apabila kita dilontar bermakna kita tiada kawalan terhadap sesuatu. Sebegitulah takdir melontar kita ke destinasi yang tidak kita ketahui. Lalu, kita berserah sepenuhnya kepada siapa? Sudah pasti kepada Tuhan! Walau di mana kita jatuh sekalipun, di situlah tempat kita memancarkan cahaya.

Saat kita dilontar ke langit, kita berusaha menjadi bintang. Apabila dilontar pula ke bumi, harap-harapnya kita menjadi intan.

Naskhah Dilontar ke Langit Menjadi Bintang ini meniupkan pesan-pesan semangat yang menghidupkan jiwa. Ungkapannya boleh dikongsi bersama sahabat yang memerlukan atau anakanda yang mencari “suara” bondanya yang hilang; atau sebagai pemberian daripada guru kepada muridnya yang tersayang.

Hiraeth

Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa!

Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit.

Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan.

Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetapi membawa harapan baru yang mengubah rentetan hidup mereka.

Ini bukan kisah semata-mata tentang mengejar impian. Namun kisah perjuangan menakluk impian dalam sisa-sisa waktu yang tertinggal.

Persoalannya, adakah akan kesampaian?