Troli
-10%

Autobiografi Shahnon Ahmad

RM49.00 RM44.10

1147 in stock

Description

Daripada sungai yang mengalir, memanah haruan di baruh dan banjir yang menenggelamkan sawah, Shahnon Ahmad hanyalah kanak-kanak dari desa yang hidup mesra dengan alam semula jadi yang melingkari.

Dalam langkahan menuju citra sebagai sasterawan, beliau menukilkan metaformosis karyanya daripada mentah dan sogokan mesej yang jelas berubah menjadi siratan, alegori serta kiasan yang menghunus kebobrokan yang berbaur dalam masyarakat. Berbekalkan pengalaman bergelumang dengan pelbagai lapisan manusia, warna-warni ini membuahkan pandangan yang sehingga kini, meletakkan Shahnon Ahmad pada darjahnya yang tersendiri.

Autobiografi Shahnon Ahmad: Perjalananku Sejauh Ini merupakan penulisan tulus daripada hati yang menyentuh soal kehidupan, politik dan tentunya, sastera yang mengisi hidupnya dari awal dewasa hingga usia meniti senja.

Additional information

Weight 0.5000 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.