Pulau Mas Kahwin
cinta . johor . melayu . sejarah . travelog . warisan
Pulau Mas Kahwin mengisahkan kenangan cinta di Kota Tinggi, yang memberi ruang dan ilham kepada Syed Azharul Asriq untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran silam. Disebabkan konflik yang bersilih ganti, pentadbiran kerajaan Melayu Johor beralih dari tanah cinta Kota Tinggi ke Pulau Penyengat Inderasakti di Riau. Di sebalik perjalanan menziarahi Pulau Mas Kahwin itu, tersimpan hikmat sejarah serta peninggalan cinta yang masih wujud hingga sekarang. Namun, kini semuanya tinggal kenangan dan bayangan kegemilangan lampau sebuah perkampungan nelayan.