Troli

Menyusuri Lembah Sungai Nil

kembara . mesir . Refleksi . sejarah . travelog
…yang penting ialah kerjasama kebudayaan, kerjasama menjaring dan menapis buah fikiran Barat supaya sesuai dengan jiwa kita. Di sebalik desir-desiran pasir sahara yang dihembus pawana, dengan simbahan terik mentari yang membentuk fatamorgana. Lembangan Sungai Nil yang mengalir di Mesir menjadi saksi bisu pelbagai peristiwa tumbuh dan layu pada pinggirannya. Mesir, menjadi suatu tempat yang sudah begitu lama ingin HAMKA kunjungi. Pengembaraan beliau ke Mesir diiringi impian yang tersimpan rapi dalam jiwanya, menyaksikan segala nyata yang dahulunya berlindung di sebalik kata. Di sana beliau merenungi khazanah purbakala dan kebudayaannya yang bitara, ditemukan pula dengan alim sarjana serta pujangga kata-kata seraya menziarahi kota yang memberi seribu makna. Di lembah bersejarah ini HAMKA mengarang Menyusuri Lembah Sungai Nil, meninjau segala perkara yang menuju budi pekerti dan membangkitkan kekuatan peribadi.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.