Inginku Kembara Lagi
intelektual . Islam . kembara . pengalaman . Refleksi . travelog
Tiada sesiapa yang boleh menyatakan bahawa dia menguasai perjalanan kehidupannya sendiri. Tidak! Sama sekali tidak! Dia mungkin menguasai diri sendiri, namun bukan perjalanan hidupnya. Erti sebuah kembara bukanlah hanya terletak pada melawat kawasan yang dijejakinya, tetapi pada pengamatan dirinya yang menghubungkan rasa dan fikir penjejaknya. Begitulah yang ditempuh oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sewaktu menyandang jawatan fellow di Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) pada tahun 2011 dan 2012. Oxford yang terkenal dengan bandar ilmunya menghubungkan beliau dengan wacana intelektual yang mencapah. Persoalan tentang hubungan Islam dan Barat, hak-hak asasi manusia dan peranan agama dalam kehidupan diulas dengan perspektif yang segar. Adunan antara ilmu, pengalaman dengan renungan inilah yang menjadikan buku Inginku Kembara Lagi terus relevan untuk dibaca sehingga kini.