Troli

Falsafah Syaitan

Islam . jiwa . nasihat . tazkiyah
Penegasan berulang kali di dalam al-Quran mengenai pengisytiharan permusuhan terhadap syaitan membawa makna yang besar dan penting untuk ditekuni. Jejak Tarbiah meluncurkan semula karya HAMKA ini ke tengah masyarakat dengan tujuan supaya umat Islam yang kini saling bercakaran kembali mengenal musuhnya yang hakiki, iaitu syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang wajib dimusuhi dan diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan. HAMKA melalui helaian karya ringkas ini cuba mengingatkan kita perihal tazkiyatun nafs atau aspek penyucian jiwa yang sangat diperlukan manusia. Membaca naskhah ini ternyata mampu membuka mata, betapa hati jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih. Jangan sesekali buka pintu atau lubangnya kepada syaitan. Jika sekali terbuka, pasti bencana hasutannya akan menjengah masuk dengan deras.
TBR
Share
Like

Dari Pena Buya

}) })

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.